Search This Blog

Sunday, November 28, 2010

KARIPAP KARIPAP CINTA


Ketagori           : Novel Komedi
Penulis             : Nazri M.Annuar
Penerbit            : PTS Publication & Distributors
Laman Web      : www.pts.com.my
Sinopsis         : Novel ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Ali yang suka buat kesimpulan tanpa usul periksa dan telah membuat pembohongan yang besar untuk memikat seorang gadis bernama Sarah yang pandai membuat karipap yang sedap.Jalan cerita Karipap-karipap Cinta adalah santai, sesuai dibaca oleh setiap lapisan umur. Ada sedikit aksi, ada kisah cinta, ada juga babak yang lucu dan menggelikan hati. Semua diadun jadilah kisah sebuah kehidupan (eh?). Oh ya, sebelum mula membaca, pastikan rentak lagu 'Ayat-ayat Cinta' nyanyian Rossa sudah diingat. Baca buku ini, nanti anda tahu.hehe

Ulasan             : Sebuah novel  yang santai dan lucu. Walaupun Ali ni macam kalut, tapi dia ada peminat tau! Peminat yang suka memasak untuk Ali. Hehe.. mahu tahu kisahnya, silalah baca sendiri. Tidak lama lagi mungkin keluar filem Karipap-karipap Cinta, siapa yang malas membaca tu, boleh menonton ceritanya nanti
Sewa Buku      : RM5

JUTAWAN


Ketagori           : Majalah
Edisi                 : November 2010
Penerbit            : DAS Publishing Sdn Bhd
Laman Web      : www.majalahjutawan.com
Sinopsis           : Sebuah majalah yang penuh dengan pengisian tentang dunia perniagaan dalam bahasa melayu.
Ulasan             : Antara yang menarik ialah:
1)   Perniagaan yang berkaitan dengan francais.Kepada yang berminat untuk menceburi bidang francais di Malaysia perlulah mendaftar dengan Bahagian Pembangunan Francais di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).Francais Terbaik Dunia untuk 2010 ialah SUBWAY(menjual sandwich dan salad).
2)   Kisah anak muda yang menjual beg tangan secara online berjaya memperoleh pendapatan 5 angka .Anda boleh search “Us3cloting” untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan anak muda ini.
3)   Kisah bekas tentera di Kedah yang meraih pendapatan melalui tanaman bendi.Faktor utama beliau memilih tanaman bendi adalah kos penyenggaraan yang murah,mudah diurus, permintaan tinggi di pasaran, hasil cepat dan kurang berisiko.


Sunday, November 14, 2010

MERACUNI MANUSIA



Ketagori           : Buku Panduan
Penulis             : Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Penerbit            : Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Laman Web      : www.cap.org.my
Sinopsis           : Buku yang memberikan pengetahuan berkaitan bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan produk dipasaran termasuk makanan dan peralatan pengguna.
Ulasan             : Antara bahan-bahan kimia yang merbahaya ialah:
a)  Raksa                  - Makanan laut
b)  PAHs                    - Pembakaran Terbuka
c)    Organoklorin    - salutan tidak melekat spt yang terdapat
                                 di kuali
d)  PCBs                     - Penebat elektrik
e)   Kesturi Tiruan   - Wangian
f)    DDT                      - Racun perosak

Monday, November 1, 2010

Sixth Sense - Menyesal (Full Song+Lyrics)

KuTemui Cinta




Ketagori           : Novel Cinta
Penulis             : Nuraqilah Syuhaida
Penerbit            : Buku Prima Sdn.Bhd.
Laman Web      : www.bukuprima.com.my
Sinopsis           : Adam, anak orang kaya yang memiliki segalanya.Namun kerana kurang didikan agama dan kasih saying,dia telah terjerumus kedalam dunia keseronokan sementara.Kelebihan rupa paras yang dimiliki memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadis-gadis.Mulanya,dia tiada niat untuk memperdaya Nadya namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan pekerti halus gadis itu.Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam.Pemergian Hafiz telah mengubah segalanya.Adam sedar sedar akan hakikat diri dan mula berubah.Namun dia tetap tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya walau sudah bertahun-tahun menunggu.
Ulasan             : Novel  ketiga yang telah menyentuh hati saya.”Part” yang paling “best” dalam cerita ini,bila Adam sanggup berkorban apa sahaja untuk gadis idamannya walaupun dalam hati Nadya masih menyintai arwah kekasihnya.Suka watak Adam yang sabar dan setia menunggu Nadya sehingga Nadya jatuh cinta padanya..”Happy Ending”..”I LIKE!!!”










Sunday, October 31, 2010

Jadilah Wanita yang Paling Bahagia



Ketagori           : Motivasi
Penulis             : Dr.’Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penerbit            : Al-Hidayah Publication
Laman Web      : www.hidayah.com.my
Sinopsis           : Buku ini mengimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan    agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.
Ulasan             : Buku ini penawar disaat saya dilanda dugaan yang berat.Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang saya rasakan waktu itu.Setiap kata-kata didalam buku ini member saya kekuatan untuk bangun dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.Kata-kata ini memberi kesan yang cukup mendalam dalam diri saya:

“Jangan pernah berputus asa,kerana perubahan itu akan terjadi beransur-ansur.Anda akan menghadapi banyak rintangan yang melemahkan semangat,maka jangan biarkan ia menguasai diri anda.”
        

Salam

Ø Selamat Datang ke blog saya,Noor Azira Bt Ab Razak.
Ø Blog ini dibina untuk kawan-kawan yang suka membaca dan “giler” buku.
Ø Kepada sesiapa yang ingin berkongsi apa sahaja bahan bacaan,sila tinggalkan komen di blog ini.

Renungilah kata-kata ini:
RUMAH TANPA BUKU UMPAMA BILIK TANPA TINGKAP